1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.
3.
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa
adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin
kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang
apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5.
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS
seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’,
dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, karena dengan
kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tetapi tersimpan makna selain kata
cinta itu.
6.
Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang
kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7.
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat
setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya,karena saat itu ialah sesuatu yang berharga
untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. Karena tidak selalu mempunyai kesempatan bersamam kamu.
8.
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati
setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu
sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di
hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan
akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9.
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari
lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10. Kalau kali terakhir
kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia
bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan
akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat
harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk
memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai
kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin
buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat
istimewa.
13. Orang yang mencintai
kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap
di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu
dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai
kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu
harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan
nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk
kepada kamu dan jauh.
16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat
dihati?’
17. Orang yang mencintai
kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.
18. Orang yang mencintai
kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia
sedang memikirkan kamu.
19. Orang yang mencintai
kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal
yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan
tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan
melakukannya lagi.
20. Jika kamu memintanya
untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan
sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan
permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
21. Kalau kamu melihat
handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian
besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim
berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat
kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga
buatnya.
22. Dan jika kamu cuba
menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu
membunuh hatinya.
23. Jika suatu saat kamu
merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana
sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia
sentiasa menunggu kamu.
24. Orang yang begitu
mencintai kamu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, karena dia tidak
mahu kamu terbeban dengan karenanya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi
tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.